BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
"Solat Istikharah ni untuk sape2 yang nak cari jodoh".... dulu, inilah yang aku paham tentang Solat Istikharah.
Namun, setelah beberapa ketika barulah aku tahu maksud sebenar, apa dan mengapa Solat Istikharah itu dilakukan.
Rupa-rupanya, kita lakukan Solat Istikharah apabila kita mempunyai keraguan dalam membuat sesuatu pilihan.
Dan keraguan tersebut bukan hanya untuk tujuan memilih jodoh yang sesuai saja.
Masih banyak lagi perkara yang boleh ditentukan dengan melakukan Solat Istikharah ni.
Kita buat Solat Istikharah ni untuk memastikan yg kita mendapat bantuan dari Allah Taala dalam menghadapi masalah yang kita hadapi. Lagipun, kita cuma hamba yg kerdil dan tak tau menahu tentang perancangan yang telah diaturNya untuk kita.
Begitu jugak aku, yg tak terlepas dr masalah dan keraguan dalam membuat pilihan.
jadi sama-samalah amalkan solat istikharah ni.
insyaAllah.. Allah akan bagi kita guide dan petunjuk.
Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sampai dua belas rakaat (enam salam).
Waktunya sama ade siang atau malam.
tapi sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu before tidur.
InsyaAllah Tuhan akan gerakkan hati kita dan memberi petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Cara Solat Istikharah
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f. Membaca doa solat sunat Istikharah:
g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan.
InsyaAllah...kita akan diberi petunjuk.
dan bila Allah dah berikan petunjuk, ikutlah petunjuk tersebut dengan redha.
baik buruk pilihan yang dibuat.
pasti semuanya ada hikmah sebaliknya.
Jangan rasa kecewa atau down kalau ternyata dalam keputusan yang kita pilih tu menimbulkan keinginan yg tak disukai.
Ingatlah semua ni telah ditetapkan sejak azali yg tak dapat kita elakkan, kemungkinan besar ade hikmahnya, membawa kebaikan pd masa akan datang, dan kita hendaklah tetap husnuzon kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Arif apa yang terbaik untuk hambanya...
La tahzan, Innallaha ma'ana :)