Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak sign in blog ni.....akhirnya dapat juga aku melawat blog..
last entry yg dulu, time tu final exam utk sem 2 dah makin dekat.
dan entry yg ini juga sebenarnya dah sangat2 hampir dgn tarikh exam aku.
final untuk sem 1 tahun kedua kat sini.
insyaAllah..moga Allah memberi aku petunjuk dalam menghadapi final nanti. Amin..
so, dah setengah tahun aku x menjenguk blog aku ni.
dah bersawang dah kut.hehee
DAN ketika final makin menghampiri ni jugaklah pelbagai ujian Allah datang.
sedih.
memang sedih.
ujian Allah datang sangat menguji aku.
di waktu2 camni pulak tu.
aku cuba tabahkan hati aku.tak aku sangka ujian seperti ini datang bertalu-talu.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu.
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)
ALHAMDULILLAH..
ramai yg bagi support kat aku.
jadi pendengar setia aku.
lebih2 lagi MAK aku.
disaat anaknya ni buntu. tak tau nak buat macamane dah. mak sentiasa di sisi.
ujian-ujian sebegini membuatkan aku sentiasa mengingati DIA. minta DIA beri aku petunjuk.
beri aku jalan terbaik.
Berdoa minta pertolongan kena sepanjang masa bukan kita berdepan musibah saja.
bukan time senang, kita lupa Allah.
time susah, baru terhegeh-hegeh berdoa kat Allah.
pada masa yg sama, timbul pulak masalah lain.
disaat aku dilanda satu ujian, satu ujian lain yg datang.
lemah kaki aku time tu.
bukan senang nak puaskan hati semua orang.
tak semestinya apa yg kita buat diorang suka.
sampai ada yg sanggup cakap belakang.
apa salah aku kat diorang.
apalah dosa aku kat diorang.
mulut orang kan, mana kita boleh tutup.
sabar dan diam itu lebih baik.
yg penting muhasabah diri sendiri.
bersangka baik dgn Allah.
Allah sayang kat kita, tu sebab Allah uji kita.
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"
♥ Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
♥ Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
♥ Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yg 'Ku Alami'..
♥ Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
♥ Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja
it happened for a reasons. now or later, we surely can see the hikmah behind it.
insyaAllah. :)