Tuesday, 26 February 2013

BERDAKWAH. KENAKAH GAYANYA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Hari tu kawan aku mintak aku baca satu blog ni.
Aku ingatkan kenapalah kan..
Aku pun baca dan baca.
Dan sampai ke kemuncaknya, baru aku faham kenapa kawan aku dok beria suruh aku baca.
Aku faham mesej yang blog tu nak sampaikan.
Nak mengajak orang lain melakukan kebaikan.
Tapi sayangnya bukan dengan cara yang berhikmah.

Sabda Rasulullah, sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.
Baginda selalu berpesan kepada umatnya agar kita saling mengingatkan.
Yang arif mengingatkan kepada yg kurang arif.
Yang bijak pandai menyampaikan kepada yg lain2.
Yang telah tersasar dibimbing ke jalan yang benar.

Sebagai umatnya kita sedia maklum bagaimana cara dan etika baginda dalam menyampaikan dakwahnya.
Betapa lembut dan berhikmahnya baginda ketika berdakwah memang tak dinafikan lagi.

Andainya kita praktikkan cara sebegitu, kan elok..
Kenapalah perlu berdakwah dengan kasar?
Kalau kita menulis pula, kenapalah kita perlu guna kata2 yg kasar dan tak elok
didengar??
Bukankah Rasulullah berpesan agar berdakwah secara berhikmah?
Berdakwahlah mengikut syariat. Bukan ikut nafsu perasaan.
Nak mengajak orang lain buat baik, kenapa perlu berkasar?
Gunalah perkataan yg molek2 dan sedap didengar.
Bukan menggunakan perkataan2 yg bagi aku agak kesat.
Dimanakah nilai kesolehahan kita?
Apakah nilai tudung labuh itu kalau cara dan gaya berdakwah tak menepati syariat?

Berdakwah itu perlu tapi kenakanlah dengan gayanya.
Jika menulis pula, tulislah dengan perkataan yg elok2.
Tegurlah dengan berhikmah.
Nak mengajak orang lain menutup aurat, tegur elok2.
Bukan dengan sumpah seranah yg merepek.
Nauzubillahi minzalik.

Muhasabah diri sendiri sebelum nak berdakwah kepada orang lain.
Check salah kita sebelum kita dok sibuk nak check salah orang lain.
Post-mortem amalan kita sebelum ni.
Dan berdakwah dan tegurlah dengan eloknya budi pekerti.
Jangan menulis kalau diri tengah marah. (time ni mood aku tak marah tau,huhu)
Kenapa?
Of course bila marah kita boleh bertindak ikut perasaan dan nafsu.
Kita mahu menegur tapi disebabkan mengikut nafsu, hilang tatasusila dan adab.
Disebabkan perasaan marah kita lepaskan ketidakpuashatian kita tu semahu-mahunya.
Dan efeknya hanya akan memakan dan memalukan diri saje.

Islam itu sungguh tinggi nilai dan kualitinya.
Segala yg terpuji dan mulia ada pada Islam.
Islam is the perfect way of life.
Macamane kita nak tunjuk kepada non-muslim indahnya Islam kalau cara dakwah kita sendiri dah tersasar.
Islam sendiri menggunakan pendekatan dakwah yg paling halus dan bijaksana.
Melalui perbuatan kita, percakapan kita, tingkah laku dan juga penampilan, semua selari dengan Islam.
Sama-sama kita bermuhasabah.


"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" 
-Khalifah Abdul Malik Marwan



Ni semua peringatan utk diri aku sendiri juga.
Aku hanya hamba Allah.
Sungguh, aku pun hanyalah manusia biasa yg tak terlepas juga dr melakukan kesilapan.
Aku juga hamba Allah yg masih mencari dan mengharapkan petunjuk dariNya.
Sama2 kita perbaiki diri kearah yg lebih baik dan terus istiqamah. 



aku pun bukanlah sempurna sangat.

masih mencari redha Allah.

INSYAALLAH :)